simple lagi mudah lagi cepat lagi menjimatkan :)resepi dari dapur mak saya:)
mesti semua orang ingat kuey teow tung ini berkuah pekat seperti ditambah tepung jagung,,TAK PERLU TEPUNG JAGUNG..dan ianya lebih kepada sup TETAPI tidak memerlukan sup bunjut.daun sup daun bawang,bawang merah ,halia n etc..
bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuah
1. 2 labu bawang putih ( untuk hidangan 8orang makan) sekiranya sikit je gunakan 1 labu bawang putih shj.
2. Flavoured pepper (Aji shio)-
3. serbuk black pepper
4.garam sedikit(secukup rasa)
5. sos tiram.-4-5 sudu besar
6.ayam/daging/fish ball/fishcake
bahan-bahan untuk cili kicap
1.cili padi (ikut suka)
2.garam
3.air asam jawa sikit
4. perahan air limau nipis(lagi banyak lagi sedap)
5. Kicap
6.bawang putih 2-3ulas
bahan hiasan
1. tauhu dihiris kecil2
2.hirisan daun bawang n daun sup
3.bawang goreng (jika suka)
cara-cara.
1.celurkan kuey teow.
2.Then kisarkan bawang putih sehingga hancur dan tumiskan dengan minyak yang sedikit. Kemudian tunggu sehingga naik bau dan masukkan flavoured pepper dan black pepper secukup rasa.Then boleh juga ditambah sos tiram ikut anggaran sendiri,4-5 sudu sos tiram sudah memadai.Biarkan seketika.bila bahan tumis sebati, boleh ditambah air (terpulang)jika mahu kuah banyak maka letak air lebih.satu jug pun boleh..Kemudian masukkan isi ayam,daging,fish ball,fishcake,seriously ianya bakal menambah kesedapan ketika menikmati hidangan simple ini.Kalau nak tambah sayur seperti carrot pun boleh juga.ikut kreativiti masing..selepas itu just renehkan sampai mendidih (masak).Kebiasaannya flavoured pepper dan black pepper digunakan dalam amount yg agak banyak utk menghasilkan kuey teow yg sedap,papepun ianya terpulang pada selera masing-masing.:)
Sementara menunggu kuah siap, bolehla buat cili kicap dulu..tumbuk lagi sedap :) kalau malas or nak cepat,kisar sahaja tapi janganlah sampai terlalu hancur xsedap n xberasa.
so selamat mencuba ! sori xde gambar.xteringat pun nak ambil. kalau nak gantikan kuey teow dengan mee pun sedap:)oh ya rasanya makan dengan bubur nasi pun sedap jugak! selalu orang makan kuey teow sup apa salahnya sesekali hidangkan kuey teow tung pula.gerenti sedap n licin :) bye..masa hidangan: tak sampai 20minit.






0 comments:
Post a Comment