salam.dear readers,
penghuni air panas??wujud ke? kita mungkin beranggapan bahawa tiada hidupan yg selamat untuk menghuni air panas.Namun kita perlu memperhalusi dan mempertimbangkan semula anggapan tersebut dengan penemuan terbaru hidupan pada bolong laut dalam. Sejenis hidupan yg diberi nama sebagai Cacing Pompeii mampu hidup secara berkumpulan di bolong panas hidrotermal yg memanaskan air sehingga 100 darjah celcius. Ia merupakan satu2nya hidupan yg dikenal pasti hidup dikawasan suhu tinggi seperti itu buat masa ini.
Tidak banyak yg diketahui tentang cacing pompeii. Namun pada bahagian belakang cacing tersebut terdapat sejenis bacteria primitif. Cacing pompeii dikenall pasti merembeskan sebatian agar bakteria itu berkembang dan diperkuatkan. Besar kemungkinan bakteria itu juga bertindak melindungi cacing pompeii daripada kepanasan air yg menjadi habitatnya.
Bakteria itu tergolong dlm kumpulan yg dipanggil epsilon proteobacteria. Namun ia bukanlah merujuk kepada spesies tunggal. Keadaan itu adalah normal dalam hubungan kerjasama antara binatang dan bakteria. Tambahan pula terdapat beberapa jenis Proteobacteria di belakang cacing pompeii.Bakteria itu sendiri menarik minat mendalam para pengkaji. Para pengkaji berpendapat, oleh kerana bakteria dan cacing itu mampu menyelamatkan diri daripada suhu panas, mereka tentu sekali mempunyai enzim yg boleh mengatasi keadaan tersebut tanpa menjejaskan diri mereka sendiri
pinjam buku damia n terus membaca dimalam hari~separuh sedar da time ni ^_^
Karipap Secret Recipe Berinti Ulat!
5 hours ago






0 comments:
Post a Comment